Monday, December 21, 2009

ISU MESYUARAT AJK 2008

1. SMK Gred B

Sekarang penggredan sekolah masih lagi digunakan iaitu sekolah gred A dan B. Ini menyebabkan beberapa jawatan pentadbir di sekolah gred B tidak layak untuk sekolah berkenaan. Contohnya Penolong Kanan dan Penolong Kanan Kokurikulum. Guru ini dimasukkan dalam norma perjawatan guru. Jadi bilangan ”Body” di sekolah berkenaan seolah-olah mencukupi kerana dikira dengan guru Penolong Kanan dan PK Kokurikulum tersebut. Pada hal mereka ini menjalankan tugas pentadbiran dan bilangan waktu pengajaran dikurangkan. Oleh itu bilangan waktu lain akan ditanggung oleh guru lain ( membebankan )


Cadangan

1. Hapuskan gred sekolah dan semua sekolah tiada dibezakan mengikut gred dan bekalan pentadbir sekolah

adalah sama


2. Semua jawatan pentadbir sekolah diletakkan di luar norma perjawatan


2. Bayaran COLA


Sekarang bayaran COLA berbeza mengikut kategori luar bandar dan bandar. Keadaan ini tidak mencerminkan kos

hidup sebenar dan mungkin kawasan luar bandar kosnya pun semakin meningkat berbanding bandar


Cadangan

1. Bayaran COLA diselaraskan bagi seluruh negara tanpa mengira kategori luar bandar dan bandar.


2. Bayaran yang dicadangkan RM400.00


3. Elaun Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan


Sekarang banyak terdapat kekosongan jawatan Penolong Kanan yang tak diisi kerana terdapat guru yang tidak berminat menerima tawaran jawatan tersebut. Antara sebabnya ialah elaun yang diterima tidak berpadanan dengan tanggungjawab yang dipikul dan tempat yang ditempatkan agak jauh . Ini merugikan guru-guru berbanding mereka kekal sebagai guru biasa di sekolah.


Cadangan

1. Elaun untuk Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dikaji semula supaya berpadanan dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.


2.Kadar elaun yang dicadangkan ialah Pengetua (RM500), Guru Besar (RM400) dan Penolong Kanan (RM300)


4. Persatuan PSKPP negeri-negeri


Persatuan ini merupakan persatuan yang tidak sah kerana keahliannya dibuat secara automatik dan persatuan ini pun tidak berdaftar serta tiada perlembagaan. Persatuan ini mengutip yuran setahun secara paksa kepada semua guru. Guru yang membayar yuran tidak mendapat sebarang faedah pun daripada persatuan ini. Faedah hanya dikecapi oleh beberapa individu sahaja .


Cadangan

1. Menubuhkan persatuan secara sah seperti penubuhan persatuan-persatuan lain di Malaysia atau

2. Dimansuhkan terus jika tidak dapat menubuhkannya secara sah dan berdaftar



No comments:

Post a Comment